Sunday, December 20, 2009

Boros

Boros diklasifikasikan antara sifat melampau dalam Islam dan dikaitkan dengan pembaziran. Al-Qur’an secara jelas mengutuk sifat ini sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ (ayat 26-27) yang bermaksud: “…dan janganlah kamu membazirkan (hartamu) secara boros. Dan sesungguhnya pemboros-pemboros itu merupakan saudara syaitan dan syaitan begitu ingkar kepada Tuhannya”. Firman-Nya lagi dalam surah al-A’raf (ayat 31) yang bermaksud : “…makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan”. Islam mentakrifkan tiga situasi yang disifatkan sebagai pembaziran iaitu:(1)Perbelanjaan kepada perkara yang jelas haram seperti arak, judi, dadah, zina serta perkara-perkara lain yang dianggap haram di sisi Islam (2) Perbelanjaan kepada perkara yang dihalalkan, namun di luar keterbatasan kemampuan kewangan diri (3) Perbelanjaan ataupun sedekah dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada masyarakat di sekeliling.

Bai Bithman Ajil (Differed Payment Sale)

The selling of goods on a differed payment basis at a price which include a profit margin agreed by both parties.

Musyarakah (Joint Venture)

Via this type of joint venture, the partnership profits made will be shared on agreed ratio while losses will be divided based on the equity participation ratio.

Wadiah (Safekeeping)

It allows the safekeeping of deposits in the bank with guaranteed refund when the depositor ask for it. The depositor, with the bank’s discretion, may be rewarded with hibah (gift) as a form of appreciation for the usage of the fund by the bank

Murabahah (Cost Plus)

The selling of goods at a price, which includes a profit margin agreed by both parties. The purchase and selling price, profit margin and all other costs incurred must be clearly stated at the time of the sale agreement.

Jujur Ketika Berkonflik

Kehidupan tidak lekang daripada konflik samada secara individu mahupun kolektif. Pertembungan idea, pandangan dan rasa hati pasti wujud ketika melaksanakan suatu perkara. Begitu juga, apabila suatu yang dirancang tidak menjadi kenyataan. Maka, terbukalah jalan konflik. Hari ini, kita menyaksikan pelbagai 'konflik besar' yang berlaku, khususnya dalam dunia politik tanahair kita. Cetusannya makin membuak-buak selepas Pilihanraya Umum yang ke-12 lalu. Sejak itu dilihat, sebahagian besar parti-parti politik yang ada terjebak dalam konflik dalaman masing-masing. Tanpa merujuk kepada mana-mana label parti politik, saya beranggapan ianya satu petanda sudah semakin hilang rasa keikhlasan dan kejujuran para pendokong parti dalam melaksanakan amanah memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara. Masing-masing mengambil sikap untuk mencari salah siapa. Masing-masing mendakwa merekalah jaguh agama...jaguh bangsa dan jaguh negara yang tulin. Bagi yang tidak sepakat dengan idealisma dan cara perjuangan mereka, dianggap telah menyimpang daripada landasan yang sebenar. Konflik parti-parti politik pada hari ini banyak berlegar tentang soal pendekatan yang harus diterima pakai oleh parti masing-masing bagi meraih sokongan rakyat. Sekumpulan pendokong cenderung untuk memilih jalan damai. Sekumpulan yang lain, condong ke arah metode konfrontasi. Masing - masing bertelagah tentang 'pedang' mana harus dipilih untuk mempertahankan 'nasib' agama, bangsa dan negara. Sudah begitu lama 'telagahnya', tetapi masih belum ada keputusan untuk memilih pedang yang mana. Sedangkan 'musuh' makin lama, makin menghampiri. Jika, keputusan tidak dicapai, siapa yang akan menerima nasib malang? Bukankah agama kita? Bangsa kita? Dan, negara kita? Apabila nasi sudah menjadi bubur, usah lagi bermimpi untuk mengunyah nasi dengan pelbagai lauk-pauk yang enak-enak! Yang pergi takkan kembali. Yang hilang hanya akan ditatapi sebagai nostalgia dan kenangan. Hari ini kita bersorak, hari ini kita berpesta sebagai tanda 'kesyukuran' kemenangan kelompok kita. Tapi jangan kita lupa, keseronokan hari ini belum tentu membawa bahagia akan datang. Kita belum benar-benar 'diratah' oleh musuh yang sentiasa mengintai serta menunggu peluang terbaik untuk meranapkan masa depan agama, bangsa dan negara kita. Apabila kita benar-benar 'diratah hidup-hidup' oleh mereka, barulah kita sedar langgit ini tinggi mahupun rendah. Pada ketika itu, sudah begitu sukar untuk mengkoordinasi semula kekuatan kita. Kaedaan pasti bercelaru! Sudah sifat manusia bila dalam keadaan bercelaru. Banyak perkara akan terlepas pandang. Banyak situasi akan lebih bersifat 'ala takpa' atas nama survival hidup. Dalam situasi begini, sudah begitu payah untuk berfikir panjang. Banyak keputusan yang akan dibuat secara 'segera' dalam keadaan kurangnya hikmah pertimbangan. Akhirnya, keputusan yang dibuat merugikan kita semua...bukan hari ini, tetapi beberapa tahun yang mendatang! Pada ketika itu, tiada lagi sorak dan pesta sebagaimana beberapa tahun dulu...yang tinggal hanya rasa keperitan dan linangan air mata yang tidak henti-henti meratapi nasib agama, bangsa dan negara! Justeru, usahlah keterlaluan ketika menangani konflik. Utamakan jalan damai. Apa guna 'melibas pedang' jika ada jalan keamanan? Pertelagahan tidak menguntungkan mana-mana pihak, kecuali musuh-musuh agama, bangsa dan negara. Sejarah sudah membuktikan, runtuhnya banyak tamadun-tamadun besar...kerajaan-kerajaan besar akibat daripada 'pertelagahan ahli-ahlinya' yang tiada titik noktahnya. Dengan ini, membuka ruang kepada musuh-musuh agama, bangsa dan negara untuk 'menyelinap' masuk dan seterusnya 'meranapkan' kita semua! Oleh itu, jujurlah bila berkonflik. Jadikan Allah SWT sebagai sandaran apabila timbul sebarang konflik. InsyaAllah, semuanya akan selamat!

Hijrah

Hari ini adalah hari ketiga kita melangkah ke tahun baru hijrah 1431H. Langkah yang sudah pasti diiringi dengan pelbagai azam dan perancangan untuk lebih baik daripada tahun sebelumnya. Hari ini, diari kita mula tertulis dengan pelbagai agenda dan tindakan. Semangat kita begitu berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu yang baru...dengan satu harapan, segala kesilapan lepas tidak akan lagi diulangi.Kita dambakankan kejayaan yang lebih besar dalam meniti perjalanan tahun baru hijrah pada kali ini. Mudah-mudahan apa yang diinspirasikan itu akan menjadi kenyataan. Bukan sekadar 'angan-angan Mat Jenin' ataupun 'sekadar hangat-hangat tahit ayam! Biar apapun azam yang kita pasang...begitu juga biar apapun langkah kita...biarlah ia menuju kepada 1 matlamat, iaitu 'meraih keredhaan Allah SWT'. Carilah apa saja kurniaan-NYA yang melimpah ruah di bumi ini...dimana jua sekalipun... asalkan tidak terpesong daripada landasan keimanan dan ketakwaan terhadap-Nya. Inilah yang menjadi 'Key Performance Index' (KPI) hijrah dan pencarian kita. Parameter kebendaan semata-mata bukanlah 'KPI' pencapaian hijrah kita. Ia perlu bersandarkan kepada kepada ketenangan dan keberkatan hidup. Harta yang banyak belum tentu dapat hidup dalam keadaan selesa... tanpa wujudnya ketenangan diri dan anugerah keberkatan daripada Allah SWT. Dengan ini, harta yang banyak dan bertimbun dirasakan seperti sedikit...seolah-olah tidak mencukupi untuk menampung keperluan dan kehendak diri serta keluarga. Dari situlah, mula timbulnya bibit-bibit hasrat 'jahat' untuk meraih harta secara tidak sah. Sifat ketamakan diri makin menguasai nafsu. Dalam keadaan begini, apa saja yang dilakukan, dilihat 'benar'...asalkan dapat memberi pulangan yang lumayan. Pandangan manusia tidak lagi diendahkan. Apatah lagi pandangan Allah SWT! Memang benarlah ingatan Allah SWT... bahawa setiap kerosakan yang tercetus adalah disebabkan angkara manusia itu sendiri. Kita telah diberikan akal untuk membuat pilihan antara yang baik dan tidak baik. Hasil dorongan nafsu yang tidak terdidik dengan keimanan dan ketakwaan terhadap Allah SWT telah menyebabkan kita memilih jalan yang tidak baik. Nafsu fitrahnya tidak begitu 'suka' kepada kebaikan...kerana kebaikan perlukan pengorbanan dan ujian pahit getir. Nafsu lebih 'gemarkan' jalan mudah, jalan singkat...tanpa perlu berkorban apa-apa! Hijrah kita pasti akan diuji dengan macam-macam bentuk dugaan...samada yang berupa kesusahan dan juga kesenangan...kita tidak boleh 'expect' bahawa perjalanan hijrah kita pada kali ini akan terlaksana sebagaimana yang dirancang. Barangkali...Dia ingin menguji kita dengan 'melumpuhkan' segala yang dirancang...sehinggakan keadaan menjadi lebih 'teruk' daripada hijrah kita yang sebelum ini. Sekiranya, ianya benar terjadi...usah kita berputus asa atau berputus harap dengan apa yang sedikit tidak kita perolehi. Dalam keadaan seperti ini, pertingkatkan kesabaran kita...laluilah hari-hari sukar tersebut dengan penuh rasa syukur...kenangilah nikmat-Nya yang melimpah ruah yang pernah kita rasai sebelum ini. Takkanlah...dengan sekali dua 'kesusahan' sebegini, begitu mudah kita untuk lupakan beribu 'nikmat kesenangan'yang pernah kita kecapi sebelum ini! Percayalah...terkadang...hidup kita perlu juga diuji...barulah kita tidak mudah'terpesong' serta 'lupa daratan'... dan kita akan lebih berwaspada pada masa-masa yang akan datang. Ujian sebenarnya gambaran atau petanda sayangnya Allah SWT kepada kita... agar kita tidak terus hanyut dibawa arus kenikmatan dunia yang fana' ini! Akhir sekali, marilah sama-sama kita panjatkan doa terhadap Allah SWT agar hijrah kita pada kali ini akan diredhai dan diberkati-Nya. Amin Ya Rabbalamin....

Monday, December 7, 2009

Mudharabah - Profit Sharing

An agreement between a capital provider (financial institution) and entrepreneur, whereby the entrepreneur can mobilize funds for its business activity. Any profits made will be shared between the two at agreed ratio while looses are borne solely by the capital provider (the financial institution)

Saturday, November 14, 2009

Mendekati Ekonomi

Ekonomi merupakan satu cabang ilmu yang mula dicetuskan sejak ribuan tahun lagi Namun, ia mula dibicarakan secara lebih serius dan tersusun sebagai satu disiplin ilmu, ketika tercetusnya Revolusi Perindustrian (Industrial Revolution) pada akhir kurun ke-18 hingga awal kurun ke-19. Revolusi ini yang telah bermula di Britain dan seterusnya merebak ke Eropah dan Amerika Utara, telah memberikan kesan yang besar kepada corak dan gerak laku ekonomi dunia pada waktu itu. Penulisan buku oleh Adam Smith (1776) “The Wealth of Nations” yang sarat dengan pelbagai teori dan pemikiran, telah membuka citra baru terhadap perbincangan dan pemahaman ekonomi. Adam Smith boleh dianggap sebagai pelopor yang menjadikan ‘economics as a science’ yang mula dibicara secara ilmiah. Secara umumnya, istilah ekonomi merujuk kepada satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang bagaimana manusia menggunakan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad terhadap penggunaan barang dan perkhidmatan. Istilah ekonomi berasal daripada perkataan Greek iaitu ‘oikou’ dan ‘nomous’ yang bermaksud 'peraturan isi rumah'.Sumber ekonomi pula dikaitkan dengan empat perkara iaitu :

  1. Buruh : individu yang berupaya menyumbang tenaga mental dan fizikal dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan seperti jurutera, operator kilang dan pensyarah
  2. Modal :faktor ciptaan manusia yang digunakan selanjutnya dalam proses pengeluaran barang dan berkhidmatan seperti jentera, kilang dan peralatan
  3. Tanah : semua sumber semulajadi yang dapat digunakan selanjutnya dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan. Ia termasuklah air, udara dan bahan galian
  4. Usahawan ataupun firma : individu yang menggabung ketiga-tiga sumber ekonomi yang lain bagi menggerakkan proses pengeluaran barang dan perkhidmatan

Sifat sumber ekonomi dan kehendak manusia yang berbeza antara satu sama lain telah menyebabkan wujudnya ‘konflik ekonomi’ dikalangan unit-unit ekonomi iaitu kekurangan, pilihan dan kos lepas. Dalam hal ini, unit-unit ekonomi merujuk kepada ‘pemain utama ekonomi’ (economic player) iaitu isi rumah, firma dan kerajaan. Ketiga-tiga unit ekonomi ini berdepan dengan konflik tersebut daripada perspektif masing-masing. Ini akan kita akan bicarakan selanjutnya kelak.

Kewujudan konflik ekonomi seterusnya menimbulkan empat persoalan asas yang merangkumi:

(1) Jenis barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan

(2) Kuantiti barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan

(3) Kaedah barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan

(4) Pengagihan barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan

Sebagai mekanisma untuk menyelesaikan persoalan asas di atas, maka wujudlah apa yang dikatakan ‘sistem ekonomi’. Sehingga kini, terdapat empat sistem ekonomi utama yang dianuti oleh kebanyakan Negara dunia pada hari ini iaitu :

(1) Sistem Ekonomi Kapitalis

(2) Sistem Ekonomi Komunis atau Perancangan Pusat

(3) Sistem Ekonomi Campuran

(4) Sistem Ekonomi Islam

Ringkasnya, Sistem Ekonomi Kapitalis bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan dan kepuasan masing-masing dipihak firma dan isirumah. Konsep ‘harga’ menjadi penggerak utama dalam pasaran kapitalis dengan tumpuan juga diberikan kepada kebebasan membuat keputusan, bersaing, pemilikan sumber dan membuat pilihan. Kebanyakan Negara dunia pada hari ini menganuti fahaman ekonomi kapitalis.

Manakala bagi Negara yang menganuti Sistem Ekonomi Komunis, aspek kebajikan rakyat menjadi keutamaan dan isi rumah serta firma tidak diberikan kebebasan sepenuhnya untuk membuat keputusan, bersaing dan membuat pilihan. Semuanya dicatur dan diputuskan oleh pihak kerajaan, termasuklah pemilikan sumber. Pergerakan unit-unit ekonomi dalam sistem jenis ini cukup terbatas sehingga ada yang mengibaratkan mereka sebagai ‘robot manusia’. Namun peredaran zaman telah menyebabkan tiada lagi Negara yang mempraktikkan sistem komunis secara ‘solid’. Kejatuhan rejim Soviet Union pada tahun 1989 seolah-olah menjadi penyudah kepada sistem komunis dan pengiktirafan terhadap 'keunggulan' Sistem Kapitalis.

Bagi Sistem Ekonomi Campuran pula, ia dilihat sebagai satu fahaman yang cuba mengharmonikan hubungan antara Sistem Kapitalis dan Komunis. Ia mengambil pendekatan ‘jalan tengah’ sebagai manifestasi keadilan kepada semua pihak. Jika dilihat daripada sudut tujuan dasarnya, ia mengarah kepada memaksimum keuntungan, kepuasan dan kebajikan. Dalam sistem ini, kerajaan mempunyai peranan yang lebih besar sebagai ‘koordinator’ serta pembuat dan pelaksana regulasi agar ketiga-tiga matlamat dasar yang disebut tadi dapat dicapai. Akhir sekali kita merujuk kepada Sistem Ekonomi Islam, yang mukathir ini dianggap sebagai ‘sistem alternatif’ kepada sistem yang sedia ada. Sistem Ekonomi Islam dilihat lebih komprehensif sifatnya kerana ia menggabung-jalin antara keuntungan & kepuasaan di dunia dengan keuntungan & kepuasan di Akhirat kelak. Justeru, ia menjadikan sumber Illahi iaitu al-Qur’an dan as-Sunnah sebagai rujukan utama serta tunggak dasar sistem. Dalam Sistem Ekonomi Islam, ‘kebebasan bersyarat’ dicetuskan agar semua pihak menikmati kesejahteraan serta keadilan ekonomi. Ia penting agar manusia tidak ‘menyeleweng’ ketika melaksanakan aktiviti ekonomi.

Sunday, November 8, 2009

Konsep Penggunaan Dalam Islam

Penggunaan adalah aspek terakhir dalam proses pengeluaran barangan dan perkhidmatan. Matlamat penggunaan adalah bertujuan memenuhi keperluan dan kehendak semulajadi yang ada dalam diri manusia. Keperluan manusia terbatas sifatnya yang merangkumi tiga perkara asas iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal. Ketiga-tiga perkara tersebut penting bagi meneruskan kelangsungan hidup di atas muka bumi ini. Manakala kehendak sifatnya tidak terbatas dan sentiasa berkembang merentasi peredaran zaman. Ia merupakan dorongan sifat ketamakan dan keluh kesah yang wujud secara fitrah dalam diri manusia. Firman Allah SWT dalam surah al-Ma'arij yang bermaksud : "Seseungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir"...(70:19) Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Jika Allah menganugerahkan sebuah lembah yang dipenuhi emas kepada manusia, mereka akan meminta lembah emas yang kedua, dan jika mereka dianugerahkan dengan lembah emas yang kedua, nescaya mereka akan meminta yang ketiga; manusia tidak akan merasa puas sehingga mati" Kehendak bertindak sebagai pelengkap kehidupan dan peningkat taraf hidup manusia. Ia termasuklah rumah yang selesa, kereta mewah, pakaian berjenama dan sebagainya. Yang pasti, setelah satu kehendak dipenuhi, akan timbul kehendak yang lain pula. Begitulah seterusnya sehingga ke hujung nyawa. Islam mengiktiraf konsep keperluan dan kehendak manusia terhadap penggunaan barangan dan perkhidmatan. Kerana ia adalah satu fitrah yang dijadikan Allah dalam diri manusia. Firman-Nya dalam surah ali-Imran yang bermaksud : "Dihiasi manusia dengan kecintaan terhadap wanita-wanita, anak pinak, harta yang banyak dari emas, perak, kuda yang terplilih, binatang ternakan dan sawah ladang"... (3:14) Allah SWT memberikan kebebasan kepada kita untuk membuat pilihan. Pilihlah apa saja asalkan tidak menyanggahi suruhan dan larangan-Nya. Di sinilah bermulanya penyaringan peringkat pertama penggunaan. 'Green light' yang diberikan oleh Allah SWT tidak boleh sesekali dipertikaikan. Sungguhpun dalam keadaan tertentu ia dilihat seperti menyanggahi kehendak dan akal manusia. Yang halal jangan sesekali diharamkan ataupun sebaliknya. 'Penyaringan' Allah SWT adalah maha sempurna dan di luar keupayaan manusia. 'Manakala, 'penyaringan' manusia pasti ada pelbagai kelemahan samada yang tersurat mahupun tersirat! ABH, Kajang