Allah SWT menjadikan manusia dengan satu tujuan, iaitu untuk beribadah kepada-Nya yang dirumuskan sebagai konsep 'Khalifatullahu fil ard'. Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat ke-30 yang mafhumnya:
"Ketika Tuhan kamu berfirman kepada Malaikat bahawa sesungguhnya Aku ingin menciptakan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi..."
Konsep khalifah yang telah dipertangunggjawabkan kepada manausia adalah satu amanah yang cukup istimewa yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Pernah sebelum itu, amanah ini cuba 'dioffer' kepada langgit, bumi dan gunung ganang agar mereka dapat memikulnya. Namun jelas, mereka tidak berupaya untuk berbuat demikian. Dalam hal ini, Allah SWT menyebutnya dalam surah al-Ahzab, ayat ke-72 yang bermaksud:
"Sesungguhnya kami mengemukakan amanah kepada langgit, bumi, dan gunung ganang. Maka mereka enggan memikulnya dan merasa takut dengannya. Dan, manusia sanggup memikulnya"
Dalam hal ini, Abdalati (1994)menekankan bahawa seorang khalifah perlu mempunyai hubungan ketuhanan, hubungan kemanusiaan dan hubugan alam sejagat. Justeru,peranan dan matlamat khalifah akan tercapai secara berkesan, sekiraya manusia mengekalkan hubungan yang baik terhadap ketiga-tiga aspek hubungan yang telah disebutkan tadi.
Merujuk kepada pandangan Chapra (1992), beliau menegaskan tentang empat implikasi khalifah yang perlu disempurakan, iaitu persaudaraan sejagat, amanah terhadap sumber anugerah Allah SWT, rendah diri dalam kehidupan dan kebebasan yang bersandarkan kepada Islam.
Hakikatnya juga, sebagai khalifah Allah SWT di bumi ciptaan-Nya ini,kita semua sedang bermusafir menuju ke satu destinasi yang lebih kekal abadi, iaitu alam Akhirat. Biar siapapun kita, biarapapun jawatan dan kedudukan kita, kita tetap seorang musafir. Dunia ini hanyalah persinggahan ataupun transit sementara sebelum alam Akhirat. Di sanalah kita akan bermaustatin buat selama-lamanya tanpa berpenghujung.Di sanalah titik penyudah terhadap segala penat lelah kita ketika hidup di dunia. Di sanalah juga akan dipersoalkan segala-galaya...segala amalan baik dan buruk akan diimbas dan dipertontonkan kepada kita, walaupun sebesar zarah sekalipun. 'Scanner Hari Perhitungan' begitu telus. Tidak akan ada dolak dalih dan peluang untuk memberi rasuah agar kita dilindungi ataupun dibuka laluan belakang (back door) sepertimana kehidupan dunia. Pada hari itulah kita akan menyaksikan pelbagai ragam manusia yang selama hidup mereka di dunia cuba untuk disembunyikan. Firman Allah SWT dalam surah al-Zalzalah yang mafhumnya:
"Pada hari itu keluar manusia dengan bermacam-macam ragam untuk mereka melihat amalan mereka. Maka sesiapa yang melakukan kebaikan sebesar zarah, dia akan melihatya. Dan sesiapa yang melakukan kejahatan sebesar zarah, dia akan melihatnya"
Tekadkan dalam diri dan sematkan dalam hati bahawa musafir kita ini pasti ada penghujungnya. Kita tidak akan berlama-lama di sini. Namun… masih belum pasti bila, dimana dan bagaimana ianya akan berakhir. Allah SWT sengaja tidak mendedahkannya, agar kita sentiasa bersedia menghadapi ‘penghujung musafir’ ini. “It might be happened anytime”…ingatan seorang penceramah bebas dalam satu Kuliyyah Zuhor beberapa minggu lalu. Begitu tersentak ‘jiwa dan perasaan’ seketika... Tertunduk rasa keegoaan diri. Apatah lagi bila memikirkan ‘bekal jalanan’ yang ada masih terlalu sedikit untuk berdepan dengan detik – detik penghujung musafir kelak.
Sekadar menginsafi diri…kalaulah ditakdirkan Allah SWT mendedahkan kepada kita bila, dimana dan bagaimana ‘musafir’ kita akan berakhir. Sudah tentu persediaan mencari ‘bekal Akhirat’ akan menjadi bermusim sifatnya.
Sehingga ke satu detik dan kemuncak, kita akan melupakan segala urusan dunia termasuklah anak-pinak dan isteri...fokus kita pada waktu itu hanyalah persediaan untuk menemui saat-saat kematian. Apakah kita begitu yakin yang usaha 'last minute'ini akan dapat mengakhiri hidup kita dengan kesudahan yang baik?
Barangkali juga, jika dikhabarkan kepada kita secara tepat saat-saat kematian, sudah tentu sepanjang masa emosi kita akan terganggu dan jiwa jadi ‘kacau’ dan ‘tak tentu’. Suasana menjadi lebih panas,pantang ada saja yang silap, nafsu ‘amarah’ akan menguasai diri dan akan hilang kestabilan emosi diri...Dalam suasana begitu,semua orang ingin dimarahinya…habis 'harta benda' dicampaknya.
Saya tak dapat bayangkan bagaimana keadaan emosi banduan ‘di bilik terakhir’ yang sedang menunggu giliran hukuman gantung. Pasti fikiran jadi buntu dan lidah jadi kelu serta sudah tidak lagi mampu untuk berbuat apa-apa…kecuali terus memohon keampunan daripada Allah SWT. Dan, apa yang diharapkannya hanya satu... ‘permintaan last minute’ seperti ini tetap diterima oleh-Nya.
Justeru, tetapkan diri sepanjang masa dalam mencari ‘bekal jalanan Akhirat’. Usahakan gerak kerja ‘fardhu ain & fardhu kifayah’ secara istiqamah. Jangan tunggu peluang disaat-saat akhir baru nak berbuat demikian…dibimbangi musafir kita ini ‘tidak panjang’. Wassalam
Sunday, January 24, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)