Secara kebetulan petang semalam, saya singgah seketika di Masjid Jamek, KL utk solat fardhu asar. Setelah selesai berwuduk, saya terus menuju ke ruang utama masjid… Diringkaskan cerita...Selang beberapa ketika setelah memberi salam kedua… saya didatangi seorang lelaki yg barangkali umurnya sekitar awal 40-an..berkopiah putih yg sudah agak kehitaman… serta di bahu kirinya pula ‘terpikul’ beg yang kelihatan agak sedikit lusuh. Dengan ‘sopan’ dia menyapa, “Assalamualaikum, encik mintak duit sikit untuk makan”…Saya mendongak kepala dan terdiam seketika…dan berkata, “maaf tuan tak de”…dengan senyuman sinis dia terus berlalu tanpa berkata apa-apa…
Terdetik di hati saya…’biar betul’, nampak mcm sihat saja…tak nampak apa2 keuzuran tubuh badan yg menghalangnya utk bekerja spt saya, malah juga spt‘ribuan’ yg kat luar sana, yg tgh berasak-asak di jalanan utk pulang ke rumah masing-masing bersama-sama rezeki yg telah diraih sepanjang hari buat isteri dan anak2…
Mungkin, ini antara modus operandi terbaru ‘peraih-peraih yg tidak berkelayakan’ ini mencari ‘rezeki’…barangkali lokasi strategik yg sebelum ini yg menjadi tempat mereka ‘melakonkan kedaifan’ utk meraih simpati org ramai yg lalu lalang, sudah tidak lagi selamat ataupun persaingannya sudah terlalu hebat…dah susah nak cari makan…
Namun, bukanlah niat saya utk bersifat ‘prejudis’ terhadap mereka…mmg ada yg benar2 daif dek kecacatan tubuh badan mereka…yg itu oklah…tak perlu nak dipertikaikan lagi…Cuma ada sebahagian yg ‘take for granted’ terhadap sifat dermawan org2 kita utk mendapat ‘duit’ dgn mudah tanpa perlu bekerja dan berhempas pulas dgn tulang empat kerat mereka…Mereka inilah yg menjadi ‘nila’ yg telah merosakkan nasib ‘susu’ sebelanga…kesian kepada mereka yg benar2 daif…pasti akan terus dipandang serong oleh masyarakat…
Sambung sikit lagi pasal lelaki tadi…ketika saya menghala ke pintu keluar masjid…kelihatan kelibat lelaki tersebut sdg ‘approach’ beberapa jemaah lain dgn ‘cara dan gaya’ yg sama…rupa2nya bukan saya sorang saja yg dihinggap dgn ayat ‘power’ lelaki tersebut (encik mintak duit sikit untuk makan)…kepada 'lelaki tersebut', saya doakan agar terbuka hidayah dan jalan utknya agar beriktikad di atas kaki sendiri demi mencari kurniaan ALLAH SWT yg sudah tersedia buat semua makhluk...
Semoga kita terus diberikan kekuatan oleh ALLAH SWT utk terus berusaha mencari rezeki kurniaan-Nya buat kita seisi keluarga…Kata Rasulullah SAW, adalah lebih baik bagi seseorang itu masuk ke dalam hutan dan mengambil hasil kayunya untuk di jual di pasar-pasar, daripada hidup dgn meminta-minta belas ihsan orang lain…Wassalam
Thursday, February 25, 2010
Wednesday, February 24, 2010
"Easy Money"
Seringkali saya berfikir sendirian,sejak akhir2 ni benarkah ada 'peluang' utk dapat 'banyak' wang tanpa perlu bersengkang mata dan berhempas pulas...'inbox email' saya selalu penuh dgn email2 yg berupa undangan utk join 'group' yg mentaksir diri mereka sbg 'pembuka peluang' bg mereka yg mahukan duit yg byk secara mudah dan pantas...macam2 slogan 'penarik minat' dipostkan ke setiap email yg dihantar...
Modal yg diperlukan taklah besar sgt sekitar RM 50 - RM 100...itupun utk kali pertama 'join' saja...satu 'nilai pelaburan' yg cukup murah, jika nk dibandingkan dgn 'dakwaan pulangan' yg begitu lumayan...yg barangkali tk pernah kita fikirkan selama ini...kata mereka kita tk perlu jual barang, tk perlu jual servis...hanya carikan 'downline'...ajak mereka 'join' dan buat bayaran pada kadar yg telah ditetapkan...ada sesetengahnya bayaran dibuat secara'direct' ke akaun bank seseorang yg introduce kita pada 'easy money chain' ini...itulah apa yg berlaku yg berlaku seterusnya... org yg pertama akan dpt duit drpd org yg kedua...org yg kedua akan dpt duit drpd org yg ketiga...begitulah juga selanjutnya....
Jaringan sosial spt facebook, twitter, friendster dsbnya manjadi antara medium utama 'easy money chain' ini mencari 'potential clients' mereka...siapa yg memulakan tdk dpt dipastikan...
Macam2 dunia skrg...
Biarapapun, smp skrg saya belum smp 'seru' utk join, even ada kawan2 tk jemu2 memujuk rayu...pada saya, perkara ini perlu diteliti drpd pelbagai 'angle', bukan sekadar memikirkan pulangan tunai yg byk dan mudah semata-mata...apa yg lebih utama adalah ttg pandangan 'hukum syarak' berkenaan hal ini...apakah 'easy chain money' ini menjurus ke arah riba secara kita tidak sedari...kerana pada anggapan kita, riba hanya terjadi bila simpan duit di bank dan dapat faedah...itu yg terlekat dlm 'fikiran' kita sejak sekian lama...
Ini antara 'angle' yg InsyaAllah akan saya telitikan...Wassalam

Sunday, February 21, 2010
Persepsi
Assalamualaikum wrt wbt pada semua.
Hari ahad kunjung tiba lagi... Hari 'agenda kekeluargaan' bagi kebanyakan kita. Pelbagai'atucara' direncanakan ke serata pelusok kawasan. Ada yang menghadiri kenduri-kendara...ada yang 'tawaf' shopping2 complex dgn hasrat membeli sesuatu atau sekadar mencuci mata...ada yang ke pusat2 rekreasi spt air terjun, tepian pantai, taman2 bunga dsbnya...ada juga yang tak ke mana-mana, sekadar 'lepak' di rumah bersama keluarga...'al-maklumlah' hujung2 bulan spt ini, kocekpun dah tk berapa nak penuh...
Apabila menyentuh ttg agenda kekeluargaan, segala-galanya perlu diutamakan. Dalam sebarang keadaan sekalipun, tiada 'hak' untuk seseorang memutuskan tautan kekeluargaan. Kita dituntut untuk sentiasa meyuburkan tautan ini, bukannya 'meracuni' dengan perkara2 yang melibatkan emosi dan perasaan dendam serta kebencian sesama kita. Hari ini, kalau diperhatikan banyak perkara yang membuka ruang kepada terjarak dan terputusnya tautan mahabbah kekeluargaan sesama kita. Hatta, ada tercatat kes2 di mana seorang anak sanggup utk tdk 'menyayangi siibu dan siayah semata-mata perebutan harta yang sekakang kera...sehingga saki-baki umur mereka dibiarkan di pusat-pusat penjagaan orang tua2 dan juga rumah2 kebajikan...ada yg terus membiarkan selama-lamanya hingga ke hujung nyawa mereka...
Seringkali saya terserempak dgn wajah sunggul, barangkali pangkatnya nenek meraih simpati orang yg lalu lalang di tepian kaki lama seawal pukul 7.30 pagi...saya terfikir apakah 'nenek ini' juga spt mana yg lain yg tdk 'berumah' dan tidur di kaki2 lama sekitar pudu raya dan dataran maybank...jika benar begitu, ke mana pergi waris-warisnya? Apakah mereka sanggup membiarkan 'seorang ibu' atau setidak-tidaknya seorang 'insan yg sudah begitu longlai' utk berpeleseran mencari sesuap nasi!
Ini hanya cebisan drpd mungkin ratusan atau ribuan 'angkara duniawi moden'...'persepsi keduniaan' yg begitu meletakkan "RM" sebagai nadi kehidupan telah sedikit demi sedikit melunturkan rasa peri kemanusiaan sesama kita. Hari ini segala-galanya dinilaikan berdasarkan "RM" termasuklah maruah dan kehormatan diri...ia sudah mula 'diperdagangkan' samada secara terbuka ataupun terselindung di sebalik sesuatu, pada harga tertentu...dan kadang2 ada 'runding-merunding' antara pihak2 yg terlibat...'win-win situation lah katakan'...
Bagi komuniti korporat dan pemilik toko2 besar serata ceruk dunia...keuntungan 'RM' yang semakmisma mungkin menjadi agenda utama...apa saja 'halal' dilakukan asalkan tidak menyanggahi undang2 negara, walaupun ada segelintir yg terpaksa menanggung derita dan sengsara yg berpanjangan...para pekerja pelbagai lapisan pangkat pula 'secara terpaksa' mengikut rentak majikan mereka demi 'survival rezeki yang dicari'...dlm situasi ini, setiap pekerja secara tidak sedar terdidik jiwanya, pemikirannya utk berpersepi bahawa 'diri sendiri perlu dipedulikan dlm sebarang situasi, dan diri org lain biarlah mereka sendiri yg mempedulikannya'...lama kelamaan sikap mementingkan diri sendiri makin membiak dan menyubur sehingga terbudaya dalam masyarakat...seringkali kita dengar tahap keakuan yg begitu menebal dalam diri seseorang apabila ada yg mengatakan, 'apa yg nak dikisah kita tidak berkongsi liang lihad...biarlah dia, kita dgn cara kita, dia dgn cara dia'...
Dalam 'dunia yg keakuannya' begitu menebal...manusia makin hilang nilai pertimbangan...dek sikit saja kesilapan, segala kebaikan yg 'terbuat' selama ini dgn mudah diketepikan...seolah2 tiada langsung kebaikan sebelum ini...bahkan kesilapan yg sekecil itu pula digembar-gemburkan...konon2nya atas dasar peringatan dan pengajaran pada semua...
Itulah antara bibit2 kehidupan yg makin jauh drpd Allah SWT...tiada lagi ketenangan diri...fikiran berkecamuk...tindakan pastinya melulu, jauh dr pertimbangan yg rasional...makin lama makin jelas 'kehambaannya' pada tuan dunia...dan makin lama makin kabur 'kehambaannya' pada tuan yg sebenar, iaitu Allah SWT...Ingatan-Nya pada kita cukup jelas dlm Surah al-Ra'd, ayat 28 dan 29 yg bermaksud:
"Orang2 yg beriman dan hati mereka menjadi tenteram dgn mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. Orang2 yg beriman dan beramal soleh, mereka mendapat kebahagiaan dan tempat kembali yg baik"
Semoga diri kita dilindungi drpd persepsi dunia yg keterlaluan...Wassalam

Subscribe to:
Posts (Atom)