Sunday, December 20, 2009

Boros

Boros diklasifikasikan antara sifat melampau dalam Islam dan dikaitkan dengan pembaziran. Al-Qur’an secara jelas mengutuk sifat ini sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ (ayat 26-27) yang bermaksud: “…dan janganlah kamu membazirkan (hartamu) secara boros. Dan sesungguhnya pemboros-pemboros itu merupakan saudara syaitan dan syaitan begitu ingkar kepada Tuhannya”. Firman-Nya lagi dalam surah al-A’raf (ayat 31) yang bermaksud : “…makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan”. Islam mentakrifkan tiga situasi yang disifatkan sebagai pembaziran iaitu:(1)Perbelanjaan kepada perkara yang jelas haram seperti arak, judi, dadah, zina serta perkara-perkara lain yang dianggap haram di sisi Islam (2) Perbelanjaan kepada perkara yang dihalalkan, namun di luar keterbatasan kemampuan kewangan diri (3) Perbelanjaan ataupun sedekah dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada masyarakat di sekeliling.

No comments:

Post a Comment