Sunday, December 20, 2009
Boros
Boros diklasifikasikan antara sifat melampau dalam Islam dan dikaitkan dengan pembaziran. Al-Qur’an secara jelas mengutuk sifat ini sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ (ayat 26-27) yang bermaksud:
“…dan janganlah kamu membazirkan (hartamu) secara boros. Dan sesungguhnya pemboros-pemboros itu merupakan saudara syaitan dan syaitan begitu ingkar kepada Tuhannya”.
Firman-Nya lagi dalam surah al-A’raf (ayat 31) yang bermaksud :
“…makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan”.
Islam mentakrifkan tiga situasi yang disifatkan sebagai pembaziran iaitu:(1)Perbelanjaan kepada perkara yang jelas haram seperti arak, judi, dadah, zina serta perkara-perkara lain yang dianggap haram di sisi Islam (2) Perbelanjaan kepada perkara yang dihalalkan, namun di luar keterbatasan kemampuan kewangan diri (3) Perbelanjaan ataupun sedekah dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada masyarakat di sekeliling.
Bai Bithman Ajil (Differed Payment Sale)
The selling of goods on a differed payment basis at a price which include a profit margin agreed by both parties.
Musyarakah (Joint Venture)
Via this type of joint venture, the partnership profits made will be shared on agreed ratio while losses will be divided based on the equity participation ratio.
Wadiah (Safekeeping)
It allows the safekeeping of deposits in the bank with guaranteed refund when the depositor ask for it. The depositor, with the bank’s discretion, may be rewarded with hibah (gift) as a form of appreciation for the usage of the fund by the bank
Murabahah (Cost Plus)
The selling of goods at a price, which includes a profit margin agreed by both parties. The purchase and selling price, profit margin and all other costs incurred must be clearly stated at the time of the sale agreement.
Jujur Ketika Berkonflik
Kehidupan tidak lekang daripada konflik samada secara individu mahupun kolektif. Pertembungan idea, pandangan dan rasa hati pasti wujud ketika melaksanakan suatu perkara. Begitu juga, apabila suatu yang dirancang tidak menjadi kenyataan. Maka, terbukalah jalan konflik.
Hari ini, kita menyaksikan pelbagai 'konflik besar' yang berlaku, khususnya dalam dunia politik tanahair kita. Cetusannya makin membuak-buak selepas Pilihanraya Umum yang ke-12 lalu. Sejak itu dilihat, sebahagian besar parti-parti politik yang ada terjebak dalam konflik dalaman masing-masing. Tanpa merujuk kepada mana-mana label parti politik, saya beranggapan ianya satu petanda sudah semakin hilang rasa keikhlasan dan kejujuran para pendokong parti dalam melaksanakan amanah memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara. Masing-masing mengambil sikap untuk mencari salah siapa. Masing-masing mendakwa merekalah jaguh agama...jaguh bangsa dan jaguh negara yang tulin. Bagi yang tidak sepakat dengan idealisma dan cara perjuangan mereka, dianggap telah menyimpang daripada landasan yang sebenar.
Konflik parti-parti politik pada hari ini banyak berlegar tentang soal pendekatan yang harus diterima pakai oleh parti masing-masing bagi meraih sokongan rakyat. Sekumpulan pendokong cenderung untuk memilih jalan damai. Sekumpulan yang lain, condong ke arah metode konfrontasi. Masing - masing bertelagah tentang 'pedang' mana harus dipilih untuk mempertahankan 'nasib' agama, bangsa dan negara. Sudah begitu lama 'telagahnya', tetapi masih belum ada keputusan untuk memilih pedang yang mana. Sedangkan 'musuh' makin lama, makin menghampiri. Jika, keputusan tidak dicapai, siapa yang akan menerima nasib malang? Bukankah agama kita? Bangsa kita? Dan, negara kita? Apabila nasi sudah menjadi bubur, usah lagi bermimpi untuk mengunyah nasi dengan pelbagai lauk-pauk yang enak-enak! Yang pergi takkan kembali. Yang hilang hanya akan ditatapi sebagai nostalgia dan kenangan. Hari ini kita bersorak, hari ini kita berpesta sebagai tanda 'kesyukuran' kemenangan kelompok kita. Tapi jangan kita lupa, keseronokan hari ini belum tentu membawa bahagia akan datang. Kita belum benar-benar 'diratah' oleh musuh yang sentiasa mengintai serta menunggu peluang terbaik untuk meranapkan masa depan agama, bangsa dan negara kita. Apabila kita benar-benar 'diratah hidup-hidup' oleh mereka, barulah kita sedar langgit ini tinggi mahupun rendah. Pada ketika itu, sudah begitu sukar untuk mengkoordinasi semula kekuatan kita. Kaedaan pasti bercelaru!
Sudah sifat manusia bila dalam keadaan bercelaru. Banyak perkara akan terlepas pandang. Banyak situasi akan lebih bersifat 'ala takpa' atas nama survival hidup. Dalam situasi begini, sudah begitu payah untuk berfikir panjang. Banyak keputusan yang akan dibuat secara 'segera' dalam keadaan kurangnya hikmah pertimbangan. Akhirnya, keputusan yang dibuat merugikan kita semua...bukan hari ini, tetapi beberapa tahun yang mendatang! Pada ketika itu, tiada lagi sorak dan pesta sebagaimana beberapa tahun dulu...yang tinggal hanya rasa keperitan dan linangan air mata yang tidak henti-henti meratapi nasib agama, bangsa dan negara!
Justeru, usahlah keterlaluan ketika menangani konflik. Utamakan jalan damai. Apa guna 'melibas pedang' jika ada jalan keamanan? Pertelagahan tidak menguntungkan mana-mana pihak, kecuali musuh-musuh agama, bangsa dan negara. Sejarah sudah membuktikan, runtuhnya banyak tamadun-tamadun besar...kerajaan-kerajaan besar akibat daripada 'pertelagahan ahli-ahlinya' yang tiada titik noktahnya. Dengan ini, membuka ruang kepada musuh-musuh agama, bangsa dan negara untuk 'menyelinap' masuk dan seterusnya 'meranapkan' kita semua! Oleh itu, jujurlah bila berkonflik. Jadikan Allah SWT sebagai sandaran apabila timbul sebarang konflik. InsyaAllah, semuanya akan selamat!
Hijrah
Hari ini adalah hari ketiga kita melangkah ke tahun baru hijrah 1431H. Langkah yang sudah pasti diiringi dengan pelbagai azam dan perancangan untuk lebih baik daripada tahun sebelumnya. Hari ini, diari kita mula tertulis dengan pelbagai agenda dan tindakan. Semangat kita begitu berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu yang baru...dengan satu harapan, segala kesilapan lepas tidak akan lagi diulangi.Kita dambakankan kejayaan yang lebih besar dalam meniti perjalanan tahun baru hijrah pada kali ini. Mudah-mudahan apa yang diinspirasikan itu akan menjadi kenyataan. Bukan sekadar 'angan-angan Mat Jenin' ataupun 'sekadar hangat-hangat tahit ayam!
Biar apapun azam yang kita pasang...begitu juga biar apapun langkah kita...biarlah ia menuju kepada 1 matlamat, iaitu 'meraih keredhaan Allah SWT'. Carilah apa saja kurniaan-NYA yang melimpah ruah di bumi ini...dimana jua sekalipun... asalkan tidak terpesong daripada landasan keimanan dan ketakwaan terhadap-Nya. Inilah yang menjadi 'Key Performance Index' (KPI) hijrah dan pencarian kita.
Parameter kebendaan semata-mata bukanlah 'KPI' pencapaian hijrah kita. Ia perlu bersandarkan kepada kepada ketenangan dan keberkatan hidup. Harta yang banyak belum tentu dapat hidup dalam keadaan selesa... tanpa wujudnya ketenangan diri dan anugerah keberkatan daripada Allah SWT. Dengan ini, harta yang banyak dan bertimbun dirasakan seperti sedikit...seolah-olah tidak mencukupi untuk menampung keperluan dan kehendak diri serta keluarga. Dari situlah, mula timbulnya bibit-bibit hasrat 'jahat' untuk meraih harta secara tidak sah. Sifat ketamakan diri makin menguasai nafsu. Dalam keadaan begini, apa saja yang dilakukan, dilihat 'benar'...asalkan dapat memberi pulangan yang lumayan. Pandangan manusia tidak lagi diendahkan. Apatah lagi pandangan Allah SWT!
Memang benarlah ingatan Allah SWT... bahawa setiap kerosakan yang tercetus adalah disebabkan angkara manusia itu sendiri. Kita telah diberikan akal untuk membuat pilihan antara yang baik dan tidak baik. Hasil dorongan nafsu yang tidak terdidik dengan keimanan dan ketakwaan terhadap Allah SWT telah menyebabkan kita memilih jalan yang tidak baik. Nafsu fitrahnya tidak begitu 'suka' kepada kebaikan...kerana kebaikan perlukan pengorbanan dan ujian pahit getir. Nafsu lebih 'gemarkan' jalan mudah, jalan singkat...tanpa perlu berkorban apa-apa!
Hijrah kita pasti akan diuji dengan macam-macam bentuk dugaan...samada yang berupa kesusahan dan juga kesenangan...kita tidak boleh 'expect' bahawa perjalanan hijrah kita pada kali ini akan terlaksana sebagaimana yang dirancang. Barangkali...Dia ingin menguji kita dengan 'melumpuhkan' segala yang dirancang...sehinggakan keadaan menjadi lebih 'teruk' daripada hijrah kita yang sebelum ini. Sekiranya, ianya benar terjadi...usah kita berputus asa atau berputus harap dengan apa yang sedikit tidak kita perolehi. Dalam keadaan seperti ini, pertingkatkan kesabaran kita...laluilah hari-hari sukar tersebut dengan penuh rasa syukur...kenangilah nikmat-Nya yang melimpah ruah yang pernah kita rasai sebelum ini. Takkanlah...dengan sekali dua 'kesusahan' sebegini, begitu mudah kita untuk lupakan beribu 'nikmat kesenangan'yang pernah kita kecapi sebelum ini! Percayalah...terkadang...hidup kita perlu juga diuji...barulah kita tidak mudah'terpesong' serta 'lupa daratan'... dan kita akan lebih berwaspada pada masa-masa yang akan datang.
Ujian sebenarnya gambaran atau petanda sayangnya Allah SWT kepada kita... agar kita tidak terus hanyut dibawa arus kenikmatan dunia yang fana' ini!
Akhir sekali, marilah sama-sama kita panjatkan doa terhadap Allah SWT agar hijrah kita pada kali ini akan diredhai dan diberkati-Nya. Amin Ya Rabbalamin....
Monday, December 7, 2009
Mudharabah - Profit Sharing
An agreement between a capital provider (financial institution) and entrepreneur, whereby the entrepreneur can mobilize funds for its business activity. Any profits made will be shared between the two at agreed ratio while looses are borne solely by the capital provider (the financial institution)
Subscribe to:
Posts (Atom)